>

Lagu Solat 5 Waktu

SOLAT CARA RSULALLAH S.A.W

http://www.scribd.com/fullscreen/3147156?access_key=key-fgfjwydzcnh50ceysxs Panduan Solat/Sembahyang Cara Nabi/Rasulullah s.a.w.

KELEBIHAN SOLAT

Hazrat Abu Zar RA berkata,
“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

FADHILAT SOLAT

Hazrat Abu Zar RA berkata,
“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

RUKUN SOLAT

Rukun Solat ada 13 :l

1. Berdiri betul
2.Niat
3.Takbiratul Ihram
4.Membaca Surah Al Fatihah
5.Rukuk dengan toma'ninah
6.Iktidal dan toma"ninah
7.Sujud dua kali dan toma"ninah
8.Duduk antara dua sujud dan toma"ninah
9.Duduk Tahiyat Akhir
10.Membaca Tahiyat Akhir
11.Membaca  Selawat pada Tahiyat Akhir
12.Memberi salam yang pertama
13.Tertib - ikut urutan


Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua.
Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT(isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing. 

WUDUK

Pengertian wuduk
Membasuh atau menyapu anggota tertentu dengan air mutlak dimulai dengan niat .

Hukum wuduk
WAJIB   : Ketika hendak Solat ,Tawaf , Menyentuh Al Quran ,Sujud Tilawah ,Sujud Syukur 
 
SUNAT   : Ketika hendak memasuki majlis ilmu ,tidur ,belajar ,membaca al-Quran / hadis dll

Rukun Wuduk 6 perkara :
1. Niat
2. Membasuh muka
3.Membasuh dua tangan hingga ke siku
4.Menyapu air di kepala
5.Membasuh ke dua belah kaki hingga ke buku lali
6.Tertib

Huraian lengkap tentang wuduk :

PERLAKSANAAN KSSR TAHUN 2011

28 September hingga 8 Oktober minggu pemantauan perlaksanaan KSSR Tahun 1 di 55 buah sekolah di Daerah Manjung. SK Seri Sitiawan , Manjung Raya, telah dilawati oleh salah seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak pada 4 Oktober 2011. Pemantauan bertujuan untuk memastikan perlaksanaan KSSR berjalan dengan lancar.
Alhamdulilah beliau banyak membantu dengan memeberi bimbingan seperti cara perlaksanaan sistem fail, cara membuat pentaksiran serta memantau p&p di dalam kelas untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.




















Semoga kita dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa.

MUTIARA HATI



"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)

MUTIARA IMAN

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).