>

Lagu Solat 5 Waktu

SOLAT CARA RSULALLAH S.A.W

http://www.scribd.com/fullscreen/3147156?access_key=key-fgfjwydzcnh50ceysxs Panduan Solat/Sembahyang Cara Nabi/Rasulullah s.a.w.

WUDUK

Pengertian wuduk
Membasuh atau menyapu anggota tertentu dengan air mutlak dimulai dengan niat .

Hukum wuduk
WAJIB   : Ketika hendak Solat ,Tawaf , Menyentuh Al Quran ,Sujud Tilawah ,Sujud Syukur 
 
SUNAT   : Ketika hendak memasuki majlis ilmu ,tidur ,belajar ,membaca al-Quran / hadis dll

Rukun Wuduk 6 perkara :
1. Niat
2. Membasuh muka
3.Membasuh dua tangan hingga ke siku
4.Menyapu air di kepala
5.Membasuh ke dua belah kaki hingga ke buku lali
6.Tertib

Huraian lengkap tentang wuduk :



1.Niat  - Ketika air sampai ke muka 'Sahaja aku berwuduk kerana Allah Ta'ala
2.Membasuh MukaBermula dari tempat tumbuh rambut di dahi  hingga ke
                                   dagu & Dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri
3.Membasuh kedua-dua tangan  hingga ke siku - dimulakan tangan kanan,. 
                                                                            barulah tangan kiri
4.Menyapu sebahagian kepala Sapu sebahagian rambut di ubun-ubun
                                               - Jika tidak berambut memadai sapu kulit kepala
5.Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali
6.Tertib Melakukan semua rukun wuduk mengikut turutan / susunan


Rukun wuduk merupakan perkara yang  Wajib di sempurnakan ketika 
                         mengambil wuduk
 *Meninggalkalkannya menyebabkan  wuduk tidak sah


SUNAT WUDUK :

1. Memulakan dengan Basmallah
2. Mengadap kiblat

3. Membasuh kedua tangan hingga pergelangan
4. Berkumur-kumur
5. Memasukkan air kedalam hidung dan mengeluarkannya
6. Menyapu air keseluruh kepala
7. Membasuh kedua-dua telinga
8. Menggosok celah jari kaki dan tangan
9. Berturut-turut – tidak diselangi masa yang lama
10.Membasuh 3 kali setiap anggota wuduk
11.Membaca doa selepas wuduk
§  Sunat wuduk merupakan perkara yang digalakkan ketika mengambil wuduk
§  Meninggalkannya   - wuduk  sah






0 comments:

Post a Comment