>

Lagu Solat 5 Waktu

SOLAT CARA RSULALLAH S.A.W

http://www.scribd.com/fullscreen/3147156?access_key=key-fgfjwydzcnh50ceysxs Panduan Solat/Sembahyang Cara Nabi/Rasulullah s.a.w.

SYARAT WAJIB DAN SAH SOLAT

SYARAT-SYARAT SOLAT
  • Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.
SYARAT WAJIB SOLAT
  • Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. 
  • Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:
    1. Beragama Islam. 2. Baligh. 3. Berakal. 4. Suci daripada haidh dan nifas. 5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak. 6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.

SYARAT SAH SOLAT

  • Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. 
  • Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
    1. Suci daripada hadath kecil dan besar. 2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan. 3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya. 4. Menutup aurat. 5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).
    Definisi Syarat Solat :
     Perkara-perkara di luar solat yang membuat solat tidak sah tanpa perkara-perkara itu. Dengan kata lain, syarat solat adalah persiapan yang dilakukan sebelum solat berkenaan dengan waktu, tempat dan kesucian.
    Syarat-syarat Solat ( 8 perkara )
    1.      Islam
    2.      Berakal sihat
    3.      Mumayyiz (mampu membezakan antara baik dan buruk)
    4.      Masuk waktu solat
    5.      Suci daripada hadas
    6.      Suci daripada najis
    7.      Menutup aurat
    8.      Mengadap kiblat
    Definisi Rukun Solat : 
    Rukun ialah bahagian yang dengannya tertegaklah sesuatu. Rukun solat tidak boleh ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Apabila salah satu rukun ditinggalkan, solat itu tidak sah (batal)
    Rukun Solat ( 13 perkara )
    1.      Berdiri tegak (mampu)
    2.      Takbiratul ihram
    3.      Membaca al-Fatihah
    4.      Rukuk
    5.      Iktidal
    6.      Sujud di atas tujuh anggota sujud
    7.      Duduk di antara dua sujud
    8.      Tamakninah
    9.      Tasyahud akhir
    10.  Duduk tasyahud akhir
    11.  Selawat ke atas Nabi Muhammad saw
    12.  Mengucap salam
    13.  Tertib

0 comments:

Post a Comment